Wednesday, September 11, 2013

KEHIDUPAN YANG PENUH DENGAN UJIAN



Sungguh kita diuji,
Dari pelbagai sudut,
Terkesima sejenak...


Betapa kuat diuji,
Aku masih di sini,
Bukan kelemahan yang aku pinta,
Cuma kekuatan jiwa dan raga,
Untuk menempuh ujian ini...



Terkadang aku berada 
Pada tahap paling lemah,
Tak mampu rasanya bersuara,
Merenung kembali kekhilafan diri,



Mungkin aku bukan sebenar-benar hamba,
Riang gembira ketika bahagia,
Sehingga terlupa
Mengucap syukur pada Yang Esa
Dan hanya meminta dan mencariMu 
Bila dugaan tiba


Sungguh ujian dariMu
Atas khilaf aku sendiri
Aku sedar YA TUHAN
UjianMu itu ada hikmahnya
Aku mahu jadi hamba sebenar-benar hamba
Tuhan ada di dalam dada sepanjang masa
Bukan hanya ketika bencana



Kupohon kepadaMu sedarkan aku,
Dengan istiqamah yang tidak mengenal erti lelah,
Kejayaan yang tidak membuatku alpa,
Usaha yang berterusan,
Taqwa dan tawakkal sepanjang perjalanan hidup
Aaamiinnn Ya Rabb

Thursday, August 8, 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....



....SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.....MAAF ZAHIR DAN BATIN

Pada kawan-kawan yg mengenali saya sekeluarga...Mohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap selama kalian kenal saya..samada sengaja atau tidak..pd kawan2 yang memandu pulang ke kampung hati2 ok..

Tahun ni saya beraya dalam serba sederhana....beraya hanya di rumah bersama adik..ayah dan mak cik..menerima tetamu.. Tiap2 kali raya begini lah semenjak mak tiada..namun walaupun dalam kesederhanaan..alhamdullillah saya gembira..

semoga kawan2 selama pergi selamat beraya...dan jangan tambahkan berat badan ye :)


....Dengan Ingatan Tulus Ikhlas...Salam Syawal dari CIK EIZAN.....

Sunday, July 14, 2013

Sesungguhnya saya manusia biasa ....


itulah analogi tentang tiap-tiap detik yang kita lalui saban hari.
Hidup diperasakan dengan pelbagai rencah
kerana ragam insan,
yang kadang-kadang ada yang manis,
ada jugak yang asyik masam mencuka,
dan ada yang buat kita rasa gembira dan bahagia,
dan ada pula yang memang tak kena dengan jiwa kita.
manusia,
memang macam2 flavournya!

Jangan mengaku kita adalah 
seorang teman,kawan mahupun sahabat
kalau kita lalui hari-harian tanpa pernah alami semua tu.

Subhanallah.
memang kita sama-sama pernah merasai ukhwah,
 persahabatan yang pelbagai rencah kan.

Bertemu dengan insan yang x sama cita rasa,
rasanya kelat seperti hempedu,
dan kadang-kadang terlalu menyakitkan.
tak mustahil, mungkin dah terzahir air mata.

Dalam hati ini kalau boleh kita akan kata,
"jangan bersedih"
memang fitrahnya setiap insan berbeza.
ada yang rapuh mcm biskut,
ada yang kental dan liat macam dodol,
ada yang sensitif macam ising atas kek,
tercuit sikit rosak cantiknya,
memang bermacam2..
justeru, 
di saat kesedihan itu,
jernihkan apa yang keruh,
hilangkan sedih dan marah,
bisik lah pada hati yang mulus itu, 

ye, ikhlas dulu niat kita.
kerana setiap ketentuan dan takdir itu 
adalah ujian dari Allah.

Dan dari situ,
kita akan belajar untuk menerima,
menerima setiap kekurangan yang terzahir,
Allah telah mencipta tiap2 kekurangan dan kelebihan
untuk kita saling melengkapi.
dan jika perlu,
tegurlah tanda sayang.




bermaafanlah. walaupun
pada zahirnya bukan kita yang melakukan salah.
mengaku salah bukan ertinya kita yang salah,
tapi kerana cinta kita pada sebuah ukhwah,
tak ingin ianya terus berpecah
dan akhirnya MUSNAH


Friday, February 22, 2013

Ingatlah........




Kita ini manusia. Dalam kehidupan manusia, sememangnya kita memang bersifat tidak sempurna. Maka, banyak kelemahan-kelemahan dan keburukan tingkah ada pada diri, sama ada kita sedari atau tidak. Yang Maha Sempurna itu adalah Allah Ta’ala.
Manusia tidak sempurna tidak bermaksud itu dijadikan alasan untuk tidak memperbaiki diri. Malah Islam menyeru kepada penganutnya untuk sentiasa memuhasabah dan membersih-bersihkan hati dan jiwa selalu agar sentiasa dalam ketenangan.
Apabila tidak sempurna, maka tentu ada cacat celanya. Pasti ada ujian mahupun perkara dalam hidup ini yang boleh menjadikan manusia rasa hambar. Ujian; sama ada diuji dengan manusia yang dikenali mahupun tidak, yang rapat atau tidak, ataupun keadaan sekeliling dan perjalanan hidup meninggalkan kesan yang bernama ‘luka’.
Pahit manis dalam kehidupan itu lumrah yang pasti dilalui.
Suka dan Manis Tidak Selamanya
Kalau boleh, apa yang mahu dipinta adalah, kita langsung tidak mahu ada sebarang masalah yang kadang-kadang boleh membuat jiwa jadi sesak, fikir jadi sempit adakalanya. Tapi bagi manusia yang berfikir dengan akal yang dipandu iman, perkara sebegitu memanglah mustahil. Mana ada manusia hidup tanpa diduga. Kan?
Hidup ini pasti bosan apabila landai sahaja tanpa ada masalah. Tanpa ada luka dan parut hasil daripada ujian-ujian yang dilalui. Tanpa ada sebarang tangis sedih terhadap diri. Kerana yang membuatkan kehidupan itu berwarna-warni adalah ujian demi ujian yang diturunkan. Namun diakui, bukanlah mudah untuk melalui setiap satu dugaan. Tidak semudah melangkahkan kaki kanan untuk digerakkan.
Susah? Ya, sangat susah.
Dalam konteks kehidupan kita contohnya. Baru semalam atau sehari lepas kita melalui hari itu dengan gembira, gelak tawa, gurau senda dan perkara-perkara yang membuat kita tersenyum ceria. Tup tup hari ini, sebaliknya pula yang berlaku. Kita malah jadi sebaliknya; menumpahkan airmata, sakit fizikal dan sakit hati, dilukai dan melukai dengan kata-kata yang melukakan. Dan itu sememangnya sakit.
Macam mimpi, bukan? Semalam suka, gembira. Hari ini, pedih dan sedih.
Rasanya, sangat ramai diantara kita apabila diminta untuk menceritakan perkara mahupun peristiwa yang membuatkan dia sedih dan terluka, memang ramai yang dapat menghitung-hitungnya. Malah mungkin ada yang siap ingat tarikh dan masa.
Tetapi, perlukah kita semua terikat dengan peristiwa yang menyakitkan itu? Nah, di sini sebenarnya persoalan untuk ditembak pada diri sendiri. Apakah apabila saat kita mengenangkan kelukaan itu, hati kita senang? Atau dalam erti kata lain, hati kita merelakan? Ataukah apabila kita terkenang setiap peristiwa yang melukakan itu, hati kita jadi berdendam? Malah mungkin kita mencari-cari kesalahan orang lain pula.
Apa yang bermain dihati kita, kita lebih tahu dari orang lain.
Perlukah kita menjadi pendendam akan semua luka-luka kehidupan yang telah dan pernah kita lalui? Perlukah kita mengotori hati untuk menyimpan barah hasad dalam diri?
Berdamailah Dengan Luka, Lepaskanlah
Kamu tahu, kawan? Apabila kita dilukai, kita ada dua pilihan. Sama ada kita membalas untuk melukai kembali, atau kita bersabar muhasabah diri sendiri membersihkan hati dan biar Allah Ta’ala memainkan peranan-Nya dalam hal yang melukai hamba-Nya. Kerana Allah Ta’ala itu Maha Mengetahui setiap apa yang berlaku.
Allah tidak pekak dan buta, wahai kawan!
Kehidupan memang sentiasa akan ditonyoh-tonyoh. Semua manusia berhadapan dengan ujian masing-masing. Berbeza-beza. Tapi apa yang lebih membezakan diantara kita semua adalah, bagaimana kita berhadapan dengan ujian yang diberikan.
Jangan pernah berdendam walau betapa sakit pun perjalanan yang telah dirasai. Kerana hakikatnya dendam itu akan menyuburkan kedengkian dan akan wujud lebih banyak penyakit hati. Kita manusia biasa, aite? Sakit hati itu memang ada pada semua manusia. Tapi cepat-cepatlah merawat hati sendiri. Jangan dibiarkan melarat.
Tapi sebenarnya, jika kita ini melihat luka-luka kehidupan itu dengan skop yang lebih besar dan melihat dengan jendela cinta akhirat, sebenarnya luka-luka kehidupan itu membawa mesej dari Tuhan. Mesej? Ya. Mesej.
Allah Ta’ala sebenarnya, nak ajar diri kita untuk lebih kuat. Untuk lebih pandai menilai sesebuah perkara. Untuk lebih mengenal manusia yang mana satu kawan, yang mana satu lawan. Untuk kita lebih matang dalam melayari kehidupan.
Dan yang lebih penting,
Allah Ta’ala sebenarnya nak ajar kita bahawa kita ini siapa pada Tuhan.
Kawan, dalam banyak perkara dalam kehidupan ini, jika jalan perdamaian itu lebih menyenangkan dan membahagiakan, kenapa memilih untuk menjauh dan berdendam?
Dengan ego yang tinggi melangit, manusia takkan dapat ke mana.
Lepaskan luka-luka kehidupan. Relakanlah. Pasrahkanlah. Allah Ta’ala ada sebagai tempat untuk bergantung. Dan Allah Ta’ala sangat suka pada orang-orang yang sabar.

Sebenarnya, hati merasa malu apabila menyoroti kisah Rasulullah SAW yang betapa banyak kali dilukai, tetapi Baginda langsung tidak memilih untuk berdendam. Kita tahu siapa Baginda? Baginda Rasulullah, Kekasih Allah, yang telah dijanjikan syurga.
Jika Baginda mahu, boleh saja Baginda membalas kesemua perbuatan orang yang melukai dirinya dengan 1000 kali lebih sakit daripada yang dirasai Baginda. Tetapi Baginda memilih untuk tidak melakukan itu walaupun ditawarkan.
Maka, siapa kita ini untuk memilih berdendam?
Ego dunia apa yang tersimpan di dalam diri kita?
Darjat apa yang ada pada diri kita?
Damaikanlah hatimu, wahai manusia lindungan Tuhan.

Bersihkanlah jiwamu, wahai manusia kecintaan Tuhan.
Semoga ALLAh merahmati.
Sekadar berkongsi juga entri ini untuk peringatan diri sendiri.... :(

Sunday, January 27, 2013

S A H A B A T

     


Hari nie saja aku terasa nak berbicara tentang SAHABAT...

Pada aku sahabat adelah seseorang yg boleh susah senang bersama-sama kite.. kalau nak tahu dia sahabat sejati atau tidak... pada aku... sahabat nie dia sanggup bersusah payah utk kite especially bile kite berada di dalam keadaan susah & berduka... dia yg sanggup menangis bersama-sama kite... tidak ade perasaan iri hati diantara satu sama yg lain... sahabat juga sanggup mengharungi apa jua cabaran dan dugaan... ibarat mencubit peha kiri peha kanan jua terasa... itu lah yg aku boleh katakan dan rasakan sahabat sejati dan sehidup semati...

Memang tak dinafikan sangattt susah nak mencarik sahabat2 begini... tetapi malangnyer ade juge sesetengah manusia yg tak penah bersyukur dan berterima kasih apabila dikurniakan sahabat sejati! aku tak tahu sama ade dia sedar atau tidak yg dia mempunyai sahabat sejati... tapi itulah malangnyer bile dia tidak sedar.. sesungguhnya dia telah kehilangan sesuatu yg sesunguhhnya sangat2 susah nak dicari dlm hidup ini!

Aku rasa & berpendapat... banyak org yg suke takat nak berkawan ala.. gitu gitu aje.. like sooo sooo dah laahhh.. tak mo berat2 kan kepala biler berkawan rapat.. susah nak jaga hati maybe.. but to me.. kalau kite betol2 paham memahami... sayang menyayangi antara satu sama lain... aku rasa masalah ini takkan timbul! sama jugak lah dlm hubungan suami isteri.. kalau kite tak paham memahami... maka sangat mudah satu ikatan rumahtangga tu nak runtuh... well.. it's an communication BREAKDOWN! so... dlm sesuatu perhubungan tuu... sifat saling paham memahami adelah sangatt penting!  Oh yaa.. bertolak ansur juga penting!

Malangg seribu kali malanggg.. bile ade manusia yg tak reti nak value & appreciate erti dan jugak nilai sesebuah persahabatan!  ade manusia yg sangatt durjana sampai sangggup menggunakan sahabat demi kepentingan mereka sendiri!  biler susah... pandai di carik... sahabat dia jugak lah di cariknyer.. sanggupp... time tu dan2 dia ingat pada sahabat nyaa.. tapi biler dia dah senang... biler dia dah dpt apa yg dia mahukan... teruss.. dengan sekelip mata dia boleh lupaa akan segala pertolongan ikhlas yg penah sahabat dia berikan!  lagi sadisss... biler ade jugak sesetengah manusia yg boleh dan sanggup hingga sampai tahap memfitnah sahabat sendiri!  tanpa usul periksa dan jugak tanpa sebarang bahan bukti... mereka tanpa rasa sedar diri memfitnah sahabat yg telah banyakk membantu mereka selama ini...   

Isshh.. macam2 kerenah manusia nie kan... itu belum lagi yg sahabat makan sahabat... ok.. kenapa aku tak guna perkataan KAWAN disini.. sbb pada aku kawan itu adelah terlalu general... kawan nie adelah golongan kenalan kite yg kite berkawan.. tetapi kite tak se-close like we will share lots of our story with them... especially our private life... and also our problems... however... kalau kite dah close with seorang kawan.. kite dah mula percaya pada mereka.. kite akan mula bercerita banyak perkara tanpa ade sebarang sempadan.. we will share everything.. our sadness & happiness with no border line in it!  begitu lah bile dah ade kepercayaan... disitulah bermulanyer episod sebuah persahabatan... dari kawan bertukar menjadi sahabat setia yg sanggup susah senang bersama...

Just remember.. your true friends will never betray you... sahabat sejati takkan penah menikam kamu dari belakang... dia takkan mengumpat akan hal kamu... dia tidak akan membiarkan kamu dalam kesedihan... kamu boleh rasa ade sifat dan nilai kejujuran dlm pertalian persahabatan kamu.... sahabat sejati juga akan ingat dan mengenang segala pertolongan yg penah kamu berikan pada diaa..  dan juga sahabat sejati akan sentiasa memberi kritikan yg membina dan menegur segala kelemahan kite.. 

Yea memang betol.. no body is perfect! ade masa pasti kite akan ade juga perselisihan faham... tapi disitulah kite perlu pupuk sifat faham memahami... kalau ade any arguements.. just argue on it.. then later just forgive and forget... BUT with 1 condition... DO NOT repeating the same mistake again and again.... try to give and take... understand each other more... then insyallah... you'll happy forever and ever! ;)

Monday, November 26, 2012

My E Day






27hb Oktober 2012

Syukur alhamdullillah..akhir nya majlis yang serba sederhana majlis pertunangan ku bersama orang yang ku sayang akhirnya berjalan dengan lancar amin....

Walaupun mcm2 hal yang datang nak nak..3-4 ari sebelum majlis ..aku cuba juga tabahkan hati kuatkan semangat sungguhpun di dalam hati ni macam2 benda terjadi...

Ketibaan rombongan lelaki jam 5 petang bersama kira kira 20 ahli keluarga nya ..

Apa yang buat hati ni runtun sangat..waktu aku selepas sah menjadi tunangan yus..waktu aku bersalam dan memeluk ayah..aku tiba tiba teringatkan arwah mak..hmm saat aku sebelum kenduri pun aku terbayangkan arwah mak dan arwah mak long..kalau mereka ada tentu die orang akan sentiasa di sisku.. :(

Moga2 mereka gembira melihat aku di tunangkan waktu itu kan?? :( ermm...rindukan mereka berdua...

Dalam sedih juga aku happy sebab..bersyukur sebab kakak dan abang saudara aku sanggup bantu dan tolong aku dalam majlis ini..bersyukur sangat tanpa dieorg aku tak mungkin nk buat majlis pertunangan ni.

Semoga ikatan pertunangan ini akan berkekalan dan berakhir dengan satu pernikahan yang membawa aku hingga ke akhir hayat kami berdua ..

<3  ...  LOVE YUS ...

Monday, October 15, 2012

Meniti Hari



E day~~~ermm macam tak percaya je ...e day yang bakal menjelma hari nya nanti...
insyallah aku bakal akan di tunangkan bersama Mr yus..ceh ceh mr konon pada tanggal 27hb Oktober ini bersamaan dengan 11 Zulhijah di Palong 1...

Selepas majlis merisik diadakan pada 7hb Oktober lalu...di rumahku kami sekeluarga bersetuju mengadakan majlis e day aku pada 2 hari raya ini...walaupun macam2 dugaan datang..macam2 benda aku lalui...aku cuba kuatkan hati...nak bertunang ni bukan mudah...(ingat senang !! )sampai satu masa macam2 perkara yang berlaku...dan aku anggap itu semua hikmah yang Allah swt nak tunjukkan pada diri ni~~~

Bersyukur sangat diri ini di kelilingi ayah makcik adik...kakak n abg2 sepupu..kawan2...yang banyak support..menegur mana yang salah..di sekelilingi aku...tapi apa yang makin sayu di hati ini...aku sentiasa teringatkan arwah mak..alangkah bahagia nya hati ini kalau arwah mak yang ada...yang bagi pendapat pada anak nya ini...tapi aku tahu mak walaupun yang buta itu hati nya terang..dan nak lihat anak nya ini bahagia :(

Terlalu sayang nya pada mak tak tahu macamane nak di ungkapkan..kadangkala terbayang2 dia yang akan sibuk di majlis ku ini...tapi aku redha tanpa dia disisi..masih ada bersama ku~~~

Majlis yang serba simple itu nanti apa yang aku harapkan agar semuanya berjalan lancar...untuk ayah En Yahaya~~adik ku Nuraihan...untuk kakak sepupu ku...along ateh kak keny...untuk angah..alang...tak lupa juga pakwe adik aku Ejat..TERIMAA KASIHHH...sebab membantu walaupun  macam2 perkara berlaku yang tidak kita rancang..semoga apa yang kita sedang rancang di permudahkan oleh ALLAH SWT.....AMINN