Tuesday, March 15, 2011

BerGelar SebAGai SeorANg WarTAWan

8 tahun bergelar wartawan , mmg banyak pengalaman dah aku dapat..bukan sahaja aku dapat berjalan ke seluruh negeri mahupun luar negara tapi aku juga dapat rasai pengalaman suka mahupun duka dan perit getir menjadi seorang wartawan ..

Kerja wartawan memang seronok ..sebab boleh jumpa macam2 orang dari kerabat di raja sehingga lah ke artis VIP..VVIP..lepastu boleh berjalan ke sana sini..tapi jangan salah andaian bergelar wartawan juga kena sanggup hadapi cabaran dan halangan ..tak kira lah samada melibatkan masa dan tenaga...

Macam aku mmg tak ada background ini semua .. aku lalui semua ini dari bawah sampai lah aku berjaya sekarang. Inipun rasa nye masih banyak lagi benda nak kena belajar..

Tapi cabaran sebagai wartawan juga amatlah besar ..kena ikut isu semasa everyday..samada umum , politik , hiburan , sukan , dunia  dll..bak kata orang semua kena ambil tahu....dari A-Z lepastu mestilah pandai mencari sumber2 berita terkini dan tepat..ini penting.. 

Wartawan ini takda cuti 24hr kena standby bekerja..samada malam..pagi..tghari..ke time tidur tu kena lah pergi kerja juga.. Ada masa kena berjaga kadang2 sampai 2 hari ..kena marah , maki hamun tu perkara biasa da..ini semua cabaran dan dugaan..

Apa juga yang dah aku lalui aku banyak belajar dari ini semua..baik mahupun buruk kerja wartawan memang seronok.. kat bawah ini ada beberapa etika kewartawanan yang aku masih pegang sehingga sekarang..

1. Tugas utama wartawan adalah melaporkan kebenaran dan menghormati hak orang ramai bagi mendapatkan maklumat yang benar.
2. Dalam melaksanakan tugas ini, wartawan menghayati kebebasan memungut dan menyiarkan berita secara jujur serta berhak membuat ulasan dan kritikan yang saksama.
3. Wartawan perlu menggunakan cara yang wajar bagi mendapatkan berita, gambar ataupun filem dan dokumen.
4. Sebarang maklumat tersiar yang didapati tidak benar dan tidak tepat perlu diperbetul.
5. Wartawan perlu menghormati kerahsiaan sumber berita.
6. Wartawan perlu berbudi pekerti semasa menjalankan tugas dan mengelakkan diri daripada plagiarisme, fitnah dan hasutan atau tuduhan tidak berasas serta rasuah dalam apa bentuk sekalipun.
7. Wartawan perlu menghindarkan siaran berita atau rencana yang bersifat perkauman, melampau dan bertentangan dengan tatasusila masyarakat majmuk Malaysia.
 8. Wartawan perlu memahami undang-undang dan peraturan negara yang berkaitan secara langsung dengan profesion mereka.

Rasanye cukuplah sampai disini aje dulu..secara ringkas dan detail ..so sebelum nak akhiri ada beberapa keping gambar nak aku kongsikan..tengoklah tak kira masa dan tempat aku bekerja..hehe..jumpe lagi









No comments:

Post a Comment