Wednesday, March 16, 2011
LiMA pulUH kotA , PaYAKumbuh - iNDONesIA
Tanggal 12 hingga 15 April 2010 aku bersama 13 pengamal media Negeri Sembilan berkesempatan mengikuti lawatan muhibbah ke Payakumbuh Indonesia yg telah di atur oleh Lembaga Kerapatan Adat Alam Minangkabau (LKAAM) .
Alhamdullilah selama 4 hari 3 malam di sana...banyak sangat yang kami dapat belajar selain merasai keindahan alam semulajdi yg sangat2 cantik..tak dapat nak aku gambarkan ..dengan kehijauan sawah padi di kiri dan kanan jalan..selain padi di tanam lereng2 bukit..cantik sangat2 kat Malaysia tak dapat nk tgk semua nie
walaubagaimanapun kesan drpd gempa bumi yang berlaku aku juga berpeluang melihat sendiri kemusnahan beberapa buah bangunan kerajaan, rumah kediaman dan sekolah yang musnah teruk namun melihat musibah yg telah terjadi kpd mereka ..aku boleh nampak mereka ini meneruskan kerja2 harian macam biasa..langsung tak hiraukan apa yg terjadi malah diaorg nie bertekad meneruskan kehidupan seharian mereka .
Selama kami di sana , kami disambut dan diraikan dengan penuh mesra oleh pemimpin dan masyarakat disana ..aku bila kat sana dah rasa macam kat kg je..sebab nye mmg tak jauh bezanye kampung kat sana dgn kg kita di Malaysia..cuma bahasa je lah yg membezakan kami..bab makan same je..tak ada beza pon ..
Selain drpd persembahan kebudayaan ktorg juga berkesempatan melawat tapak2 wisata atau tapak2 sejarah seperti Situs Batu Bertikam , Situs Prasasti Kubu Rajo 1 dan 11 , Istana Pagaruyung , Batu Talempong ...Selain berpeluang pergi ke Balai2 Adat..dan beberapa tempat lain lagi
Memang seronok sangat2 masa kat sana..enjoy je..muka masing2 ceria tambah2 bila kami dapat ke Pasar Bukit Tinggi .. apalagi shooping sakan la hehe..termasuk lah aku yang rambang mata nak memilih barang kat sana..pergh cantik2 dan murahh..kawan2 aku seperti Shak , Tuty n Mizah mmg borong sakan...tgk kain2 yg bersulam..tudung2 cantik sangat..terbanglah aku 2 juta rupiah hehe..
Apa2 pon aku sangat bersyukur dan insaf bila di tempat org..melihat kesusahan and semangat diaorg selepas musibah itu..membuatkan aku sedar..happy mmg happy sgt2..rasa tak mahu balik je ..ini adalah salah satu perkara yg aku nak kongsikan dengan korang semua..byk lagi nak di kongsi tapi rasanye ini pun dah panjang nie kalau tulis banyak2 takut orang jemu pula kan hehe..ok semua salam hormat..daaa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment